|
|
| |
| |
Jadual Waktu Sekolah |
- Adakah anda rasa tertekan dengan kerja menyusunkan jadual waktu sekolah anda yang meletihkan dan memakan masa yang lama?
- Adakah anda rasa terjerat di antara tugasan lazim seperti rekod pengurusan guru dan pengurusan penggantian?
- Adakah masalah pelbagai syif merosakkan usaha anda dalam menjadualkan waktu?
- Pernahkah anda menginginkan peluang untuk dibebaskan daripada kerja menghasilkan pelbagai pandangan jadual waktu?
- Adakah anda sedang mencari perisian jadual waktu yang dapat membantu anda mengoptimumkan sumber dan memuaskan keperluan penjadualan waktu anda dengan saksama, sambil menjaga keperluan dinamik dan sumber yang tersedia?
- Dapatkah anda meluangkan masa setengah jam untuk meninjau dengan cepat bagaimana sebuah perisian mudah dapat membantu anda menghasilkan jadual waktu dalam masa beberapa minit sahaja?
|
 |
|
| |
Jika anda menjawab YA kepada semua soalan tersebut, anda berada di tempat yang sesuai. Ikutlah haluan teknologi dengan perisian penjadualan waktu sekolah secara otomatik: EduSwift – Sistem Penjadualan Waktu.
Tidak perlu disebutkan bahawa membuat jadual waktu sekolah merupakan tugasan yang sukar dan memakan masa yang lama. Akan tetapi, kami telah meringankan beban tugasan yang sukar ini untuk anda dengan perisian EduSwift – Sistem Penjadualan Waktu kami yang mudah, cepat, pintar dan murah. Sekarang anda dapat menghasilkan jadual waktu sekolah anda dengan begitu mudah dan cepat!!
Perisian penjadualan waktu yang mutakhir ini akan merevolusikan kerja menghasilkan jadual waktu sekolah anda. Perisian ini yang ringkas namun cepat dan pintar mempunyai ciri-ciri yang unik yang akan menjaga semua keperluan sekolah anda, termasuk ejen Bantu yang akan membantu para pengguna secara dinamik dengan membekalkan cadangan tentang perubahan yang harus dibuat untuk menghasilkan jadual waktu sekolah yang paling baik. Selain daripada bahasa Inggeris, perisian pelbagai bahasa ini terdapat dalam bahasa Thai, bahasa Indonesia, bahasa Malaysia, bahasa Arab dan bahasa Sepanyol. Kami bercadang untuk menambahkan bahasa-bahasa yang lain tidak lama lagi. Dengan EduSwift – Sistem Penjadualan Waktu, anda dapat menghasilkan jadual waktu yang tepat dalam masa beberapa minit sahaja seraya memastikan penggunaan sumber sekolah anda yang paling optimum. Ingat juga bahawa perisian ini boleh didapatkan dengan harga berpatutan yang sukar dipercayai! |
| |
 |
|
- Mudah... Senang difahami & mudah dikendalikan dengan antara muka, bimbingan dan contoh yang berintuisi
|
- Cepat... Menghasilkan jadual waktu dalam masa beberapa minit sahaja, menjimatkan masa, usaha dan wang anda
|
- Pintar... Mencadangkan alternatif yang paling baik sebagai ejen bantu anda untuk jadual waktu yang bebas daripada kesilapan dan bertembung serta penggunaan sumber yang paling optimum
|
- Murah... Penyelesaian penjadualan waktu yang sempurna dalam lingkungan bajet anda, menawarkan ROI* yang hebat?
|
|
|
 |
|
| |
| |
|
|
|
School Management System | School TimeTable Software | Customised School Management Solution | Try TimeTable Software | Buy School TimeTable Software | School Management System Gallery |
TimeTable Generator | School Library Management | School Timetable Scheduler | School Exam Management Software | School Software India | Homework Management Software |
|